Friday, May 2, 2008

Adakah wajar siaran langsung parlimen diteruskan?

Kita semua sudah melihat bagaimana pada permulaaan persidangan parlimen malaysia telah berlakunya kekecohan dan perkara ini adalah amat memalukan negara Malaysia. Ini kerana terdapat ramai warga pelancong yang mungkin menonton siaran langsung tersebut atau mengikuti perkembangan politik Malaysia secara langsung. Adakah ahli-ahli yang bergelar Yang Berhormat tetapi mempunyai sikap yang tidak mengambarkan seperti ahli Yang Berhormat. Mereka ini telah dipilih secara rasminya melalui satu pilihan raya yang diadakan secara bebas dan telus. Tetapi kenapa yang bergelar Yang Berhormat ini tidak mengetengahkan isu-isu yang boleh membina negara agar lebih maju daripada melakukan kekecohan.

Adakah ini tujuannya diadakan siaran langsung iaitu untuk mencerminkan Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak aman dan pemimpinnya yang suka kepada kekecohan. Ini adalah amat merugikan negara. Saya berasa kesal dengan sikap-sikap ahli Yang Berhormat kerana tidak mencerminkan sebagai seorang yang dewasa. Sebagai seorang pemimpin yang dipilih oleh rakyat maka sepatutnya mereka lebih mengetengahkan isu-isu yang berkaitan dengan rakyat. Di sini saya ingin memetik pendapat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidal Am Pas, beliau berpendapat bahawa siaran langsung ini perlu diteruskan kerana ini membolahkan rakyat sendiri menilai pemimpin yang dipilih oleh mereka dan sekiranya mereka berpendapat bahawa mereka tidak memerlukan pemimpin yang mereka ingini maka mereka boleh melakukan pertukaran pada pilihan raya akan datang.

Kita tidak sepatutnya menyalahkan mana-mana parti samaada parti pembangkang ataupun parti kerajaan. Sebagai manusia kita perlu melihat kembali kepada dalaman diri sendiri. Perkara sebegini berlaku adalah disebabkan oleh sifat dendam yang telah lama terbuku di dalam hati setiap pemimpin. Oleh itu, sama-samalah kita berfikir sebagai manusia yang waras samaada siaran langsung ini perlu diteruskan atau tidak.

Kata-Kata Aluan

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelawat-pelawat yang memasuki blog saya iaitu pmtgpauh.blogspot.com. Terlebih dahulu, saya ingin menyatakan bahawasanya tujuan blog ini adalah untuk mendapatkan pendapat yang membina daripada masyarakat setempat khas dan masyarakat Malaysia umumnya berkenaan hal ehwal semasa samada ekonomi, politik dan sosial yang melanda negara kita yang tercinta ini.

Saya juga sangat mengalu-alukan pendapat atau kritikan yang bernas mengenai isu semasa yang melanda negara Malaysia.